Nama : NUR ZULAIKA BINTI MAT
No. Matrik : 206362
Assalamualaikum dan hi semua !!!
Pepatah melayu ada menyebut “Tak Kenal Maka Tak ?? Cinta, bukan ?”. Jadi apa tunggu lagi, marilah kita berkenalan agar para pembaca sekalian dapat mengenali diri saya dengan lebih dekat. Siapa tahu bila dah kenal nanti boleh saling cinta heheheh.
Nama diberi Nur Zulaika Binti Mat. Saya
anak kelahiran bumi kenyalang iaitu Sarawak Ibu Pertiwiku. Biasa orang panggil
ika je. Kalau ditanya umur, muda lagi gais, saya baru berusia 22 tahun tapi
belum genap lagi tau. Saya lahir pada tanggal 26 Jun 2000 dan menetap di
Kampung Halaman yang tercinta iaitu Kampung Semera. Anak kepada Encik Mat dan
Puan Sitin dan merupakan puteri bongsu daripada lima adik beradik.
Masa Photoshoot Gamba Konvokesyen Abang
Saya merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti yang digelar sebagai kampus hijau iaitu Universiti Putra Malaysia. Bangga tau dapat masuk sini, hahahahah WE LOVE UPM katakan. Sekarang saya bergelar sebagai pelajar BLM (nama famous bagi kos saya). Mesti korang tertanya, apa pulak BLM ni kan? BLM stand for Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu.
Pejam celik pejam celik, dah semester 4
mengikuti pembelajaran di UPM, tapi disebabkan Covid ni yang tak best, korang
nak tau tak? batch kami adalah batch masuk-masuk dah semua kena belajar online
sebab time tu mula-mula Covid tengah mencanak naik, semua tak pernah lagi belajar
bersemuka tau. Tapi, bila dah biasa ODL (Online Degree Learning) ni, rasanya
dah selesa kot belajar dekat rumah je heheheh.
Walaupun tak pernah lagi belajar bersemuka dekat fakulti, tapi semester 3 haritu adalah jugak penggalaman masuk kolej di upm. Jumpa kawan-kawan online yang selama ini hanya tengok dekat Google Meet je. Seronok tau, sepanjang 22 tahun saya hidup, hari masuk kolej tu la pertama kali saya berjauhan dengan keluarga dan duduk di asrama. Walaupun berat hati nak tinggalkan rumah tu, tapi tetap jua ku gagahi sebab UPM dah panggil masukkan, kita pergi je lah. Banyak benda saya belajar tentang hidup berdikari walaupun duduk hanya sekejap je dekat kolej. Apa yang penting saya nak highlight kat sini ialah "penggalamanlah yang mendewasakan kita".
Semoga seketul ika dapat menjadi seorang yang sentiasa kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, Aamiin <3
Rasanya, setakat ini sahaja lah
perkongsian saya untuk penulisan pertama blog ini, I hope u all enjoy my blog okay
semua, senyum sikit!!. Sampai ketemu di lain waktu okay!.
Salam kenal ; ika