ASAS FOTOGRAFI : FLATLAY
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum semua, kuliah pada minggu 5 ini aku telah belajar tentang asas fotografi flatlay. Flatlay ini mempunyai pelbagai jenis sudut kamera untuk menangkap sebuah gambar. Antara jenisnya ialah seperti yang dibawah :
- Flatlay : merujuk kepada kamera yang diletakkan pada 90 darjah dan gambar tersebut hendaklah diambil dari atas.
- Half Flatlay : merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan pada 45 darjah daripada item dan gambar atau foto nampak seperti diambil dari sisi atas.
- Quarter Flatlat : merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item.
- Zero flatlay : merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain-lain.
Jadi, pada minggu ini amali yang kami lakukan adalah mengambil 10 gambar berdasarkan setiap jenis flatlay tersebut dan mempunyai berlainan tema bagi setiap gambar. Apa yang menariknya amali kali ini aku dapat kemahiran baru dalam mengambil gambar mengikut jenis jenis flatlay yang dipelajari. kalau sebelum main ambil je gambar dan sekarang aku tahu la jenis macam mana gambar yang aku ambil tu.
Di sini aku sertakan video hasil daripada gambar bagi setiap jenis flatlay daripada kumpulan kami . SaPe Production <3
Gambar Kehadiran
Bukti Subscribed Channel Youtube Prof
No comments:
Post a Comment