ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Makanan |
RUJUKAN |
https://www.instagram.com/p/CbkS3eAptL0/?utm_medium=copy_link |
HURAIAN
|
Gambar
ini menunjukkan dua buah kek yang telah didekorasi. Elemen grafik pada gambar
ini mudah difahami bahawa kek tersebut adalah untuk sambutan hari kelahiran.
Dua buah kek tersebut diletakkan ditengah-tengah untuk menonjolkan objek yang
hendak diiklankan. Jadi, sekiranya para pelanggan hendak menempah, mereka
tahu bahawa dekorasi kek tersebut adalah antara dekorasi kek yang boleh
ditempah. |
Mudah |
|
TEMA |
Haiwan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar yang diambil di atas mudah kita fahami
bahawa terdapat seekor kucing di dalam sangkar. Kucing tersebut bulunya
berwarna kelabu dan berbulu tebal. Latar bagi gambar ini adalah garisan
sangkar dan dinding berwarna biru. Melalui gambar ini kita dapat lihat seekor
kucing tersebut tidak memandang ke arah kamera malah memandang di kawasan
atas. |
ELEMEN |
Warna |
TEMA |
Pendemik |
RUJUKAN |
|
HURAIAN
|
Gambar
ini menunjukkan pelitup muka yang dibentuk lambang superhero “batman”. Elemen
grafik pada gambar ini adalah warna. Warna pada pelitup muka dan teks
tersebut lebih menonjol daripada latarnya. Gambar ini juga tidak banyak
menggunakan warna dan mengehadkan penggunaan warna untuk kerana hanya
menonjolkan perkara yang hendak disampaikan. |
ELEMEN |
Warna |
TEMA |
Estetik
|
RUJUKAN |
Sendiri
|
HURAIAN
|
Eleman
asas grafik bagi gambar di atas ialah warna. Warna yang digunakan adalah
berkonsepkan retro ataupun klasik. Warna yang digunakan pada gambar melebihi
tiga iaitu terdapat warna kuning pada kamera, kain alas berwarna biru dan
putih, buku berwarna merah jambu, dan bakul berwarna coklat. Pemilihan warna
di atas dapat dikatakan sedap mata memandang yang memberikan kesan ketenangan
serta dapat mengimbau kenangan zaman 80an. |
ELEMEN |
Teks |
TEMA |
Iklan |
RUJUKAN |
https://www.pinterest.com/pin/510666045257808182/ |
HURAIAN
|
Gambar
poster ini menunjukkan elemen asas grafik iaitu teks. Saiz font yang besar
digunakan untuk menonjolkan jenama coklat tersebut. Selain itu, warna font
juga memainkan peranan iaitu berwarna coklat sesuai dengan tema iklan coklat.
Terdapat banyak penggunaan teks dalam gambar tersebut untuk memberikan
penerangan terhadap produk yang diiklankan. |
ELEMEN |
Teks |
TEMA |
Papan
Tanda |
RUJUKAN |
Sendiri
|
HURAIAN
|
Elemen
ass grafik yang ditonjolkan dalam gamabar tersebut ialah teks. Warna yang
digunakan pada teks menyerlahkan perkataan yang menjadi rujukan. Font yang
digunakan besar amat sesuai untuk penglihatan jarak jauh mahupun dekat. Warna
latar bagi perkataan dalam teks itu berwarna hijau gelap untuk menimbulkan
perkataan pada papan tanda tersebut. |
4. KESESUAIAN
ELEMEN |
Kesesuaian
|
TEMA |
Suasana |
RUJUKAN |
|
HURAIAN
|
Gambar di atas menunjukkan sebuah suasana di dalam sebuah perpustakaan. Dalam imej tersebut terdapat banyak buku disusun pada rak-rak buku. Terdapat juga orang yang sedang membuat kerja di meja dan kerusi yang disediakan. Kesesuaian suasana di perpustakaan itu kelihatan sunyi dan tenang untuk orang yang sedang membuat kerja dan membaca kerana di perpustakaan tidak dibenarkan untuk berbuat bising |
ELEMEN |
Kesesuaian |
TEMA |
Membeli
Belah |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar
ini menunjukkan dua orang pembeli ingin membeli buah. Elemen asas grafik yang
sesuai dengan gamba ini ialah aspek kesesuaian. Hal ini kerana, gambar tersebut
menunjukkan seorang peniaga menjual buah buah-buahan di pasar minggu.
Terdapat plastik yang digantung untuk meletakkan buah yang akan dibeli oleh
pelanggan. Oleh itu, gambar ini menepati aspek kesesuaian kerana kawasan yang
sesuai untuk orang yang berniaga. |
ELEMEN |
Keseimbangan |
TEMA |
pemandangan |
RUJUKAN |
|
HURAIAN
|
Keseimbangan
di dalam gambar di atas dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri. Pada ruang
kanan diisi oleh dedaun pokok dan batu di persisiran manakala di kiri pula diisi
oleh gunung dan rumput. Selain itu, keseimbangan pada gambar ini juga boleh
dilihat pada ruang atas dan bawah iaitu ruang atas dipenuhi dengan langit dan
di bahagian bawah gambar dipenuhi oleh air yang mempunyai pantulan daripada
gunung. Jadi, aspek keseimbangan gambar dari setiap sudut menambahkan lagi
daya tarikan pada gambar tersebut. |
ELEMEN |
Keseimbangan |
TEMA |
Pemandangan
|
RUJUKAN |
Sendiri
|
HURAIAN
|
Berdasarkan
gamabar di atas, elemen asas grafik yang dihasilkan adalah seimbang.
Keseimbangan boleh dilihat pada kedudukan orang di dalam gambar itu berada di
tengah-tengah. Oleh itu, kedudukan ruang sisi kiri dan kanan dalam gambar itu
menunjukkan keseimbangan. Selain itu, di bahagian atas iaitu langit dan ruang
yang berada di bahagian bawah menunjukkan kesamarataan pada gambar itu. |
Kumpulan 4 - SaPe PRODUCTION
1. MOHAMMAD ILMAN WAFEY BIN MAT DIN (205498)
2. SHARIFAH HANNAH ADIBAH BINTI WAN SERAIL (205518)
3. LAW XIAO PEI (205722)
4. NUR SYAQIRAH BINTI MOHAMAD AZEMI (206297)
5. NUR ZULAIKA BINTI MAT (206362)
6. NUR ZANARIAH BINTI MADIHI (206379)
7. ONG XIAO HUI (206517)
8. HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)
9. NURUL NAJWA BINTI MD NIZAM (206640)
10. MARIANA BINTI JAMALUDDIN (206961)
11. MUHAMMAD FARID BIN AB RAHIM (207119) KETUA
No comments:
Post a Comment