Thursday, May 26, 2022

BBM3410 - ONE SHOT TWO LAYER


ONE SHOT TWO LAYER 


Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mari, aku nak terangkan berkaitan dengan jenis video One Shot Two Layer. Video jenis ini dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut dilakukan dan hal ini menunjukkan video yang menarik. 

Jadi, tugasan yang telah diberikan oleh prof  bagi minggu ke -8 ni adalah membuat video jenis ini. Jadi, kami mulakan kerja dengan meeting yang diketuai oleh pengarah projek yang telah dilantik iaitu Mariana. 


Mesyuarat Pembahagian Tugas 
( 23 Mei 2020 - 8.30 PM - Balai Ilmu Kolek Canselor)

Dalam perbincangan ini, kumpulan kami telah memutuskan banyak perkara seperti yang pertama kami memilih lokasi video iaitu di Bukit Ekspo, berkumpul di balai terbuka pada jam 8.00 pagi dan memutuskan konsep pakaian untuk digunakan dalam video nanti. 

Jadi, tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk menyelesaikan tugasan minggu ini. Perjalanan kami dimulakan pada jam 8.30 pagi, biasalah janji melayu hahahaha memang tidak tepat pada masanya. Tetapi tidak mengapa, perjalanan kami diteruskan lagi dengan membeli sarapan pagi, "yang penting kena ada makanan, kalau tiada, takde mood nk buat video. Jadi, kami semua singgah ke Putra Food Court untuk membeli nasi lemak dan air untuk dibawa ke bukits ekspo. 

sesampainya di bukit ekspo, kami duduklah di pondok untuk berteduh singgah sarapan pagi dulu sambil ditemani dan diiringi oleh lagu yang akan digunakan dalam video nanti. kiranya nk ambil feel dulu laa hahahaha. 

setelah selesai makan, kami pun  masing-masing memainkan peranan sendiri bersiap untuk memulakan membuat video. Kalau anda hendak melihat hasilnya pergi lah ke youtube kami. link disediakan di bawah. 

TQ. 








GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 8 :







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1 1. BIODATA DIRI MINGGU 2 2. ELEMEN ASAS GRAFIK 3. JOM BUAT INSTAGRAM MINGGU 3 4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT 5. ASA FOTOGRAFI : MEDI...