Tuesday, May 17, 2022

BBM3410 - ONE SHOT

ONE SHOT


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Apakah yang dimaksudkan dengan video one shot ? video one shot adalah rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot ini juga disertai dengan lagu yang sesuai.penggambaran video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu ataupun kumpulan. Video One Shot yang menarik menunjukkan pergerakkan individu atau kumpulan yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Setiap rakaman video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi satu lagu yan dipilih. 


Tugasan bagi minggu 7 nampak senang tapi bila part menari tu agak sedikit mencabar. Tapi apa apa pun proses menghasilkan video one shot ini adalah satu penggalaman yang menyeronokkan . Terbaik !!!

Meh aku nak cerita penggalaman kami dari mula sampai akhir. Kumpulan aku memilih Bukit Ekspo sebagai tempat untuk kami shooting video one shot. Rancangan untuk gerak ke bukit ekspo pukul 7, tapi disebabkan kami semua tak siap lagi pukul 7 tu last last pukul 8 juga kami gerak ke sana. Sampai sahaja dekat sana, hujan pun turun menitis. Tapi, perkara itu tak menjadikan halangan untuk kami membuat video. Kami singgah dulu dekat pondok sambil-sambil makan biskut dan kek raya yang tak habis lagi. Setelah selesai menjamu selera, kami pun mula setting kamera dan mulalah shoot video one shot. Pada video pertama agak sedikit mengelikan hati tetapi bila dah lama-lama semua orang dah pandai menari. Tapi bagi aku okay la effort kami semua, sebab semua tak pernah pernah menari disebabkan tugasan ni kami adalah penggalamn menari tu hehehehe.  Setakat ini sahaja cerita aku untuk video ni. 


Mempersembahkan video one shot kumpulan 

-SaPe Production-

                                                  https://youtu.be/js-XDGj4DIA




Gambar kehadiran minggu 7 :



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1 1. BIODATA DIRI MINGGU 2 2. ELEMEN ASAS GRAFIK 3. JOM BUAT INSTAGRAM MINGGU 3 4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT 5. ASA FOTOGRAFI : MEDI...