ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU ( DUA INSAN )
RUJUKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelayar blogger sekalian, kali ini tugasan yang kedua pada minggu yang sama telah diberikan oleh Prof tercinta kami. Tugasan kedua ini agak mudah sebab hanya membuat sebuah video lagu dalam kata yang lain music video lah. Sebab apa mudah, sebab kita semua kebanyakkan dah tahu dan sering menonton video lagu terkini bukan ?
Tetapi apa yang unik tentang video kali ini ialah prof sendiri yang memilih lagu iaitu LAGU DUA INSAN BERCINTA. Pertama kali dengar lagu ni macam perghhh lah vibe 80 an 90 an macam memang lagu ni tidak pernah dapat melawan lagu terkini sebab lagu lama memang sentimental value bagi aku la. Aku memang taste lagu lama-lama sikit. Tapi lagu baru tetap tidakk ketinggalan. Tiberrrr !!!
Baiklah, aku nak cerita sikit berkaitan dengan penghasilan video lagu dua insan bercinta ni. Kami juga telah membuat meeting pada hari yang sama dengan video fokus. Dalam perbincangan tersebut, kumpulan kami telah memilih dua orang pelakon iaitu Ira & farid. Nampaknya pemilihan pelakon bagi video lagi ini sangat bersesuaian bagi pandangan seketul ika hahahahhah. Sebab apa ? Sebab dua orang ni memang chemistry dia on point.
Video lagu dua insan ni pun diambil oleh jurukamera yang sangat pro iaitu mariana dan editornya adalah saya sendiri dibantu oleh hamidah. Boleh dikatakan sepanjang proses rakaman dan pembuatn video ini, mulut kami asyikss ketawa sahaja dengan lakonan ira & farid sebab sangat mengelikam hati.
Bagi yang akan menonton video di youtube kami, kamu tidak akan tahu betapa lucunya di sebalik tabir perbualan mereka sehinggakan masa aku edit tu aku boleh lagi ketawa terbahak-bahak sebab aku tahu macam mana di sebalik tabir rakaman video. Hahahahahahahah
Mempersembahkan Karya SaPe Peoduction bagi kelas Multimedia Dalam Bahasa 2022 Luvv ❤️
GAMBARAN KEHADIRAN MINGGU 9 :
No comments:
Post a Comment