Tuesday, June 14, 2022

BBM3410 - 2022 - SERAM

 ASAS VIDEOGRAFI : SERAM


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum semua !!! Baiklah bagi tugasan yang seterusnya. Orite memang banyak tugasan multimedia ni tapi apa yang penting bak kata Prof “Jangan Mengeluh Walaupun Banyak Kerja Kena Redho”. Baiklah semestinya pelajar linguistik kena redha dengan segala tugasan bak kata Prof Vijaya lagi, pelajar saya yang cemerlang terbilang ini. Okay naik sikit semangat tu. Tarik nafas dalam-dalam lepastu hembus. Okay sudah sedia semua nak tengok ataupun dengar video seram kami ?. 

Baiklah berbalik kepada penceritaan utama. Ceritanya bermula kami telah diberikan tugasan untuk membuat video seram. Seram ? Yesss !!! Memang semua akan takut, siapa je yang tak takut kan. Sebab apa ? Sebab dah lah kami ni semua tinggal di kolej. Boleh pulak tetiba berimginasi sampai menakutkan diri sendiri hahahahah. 

Baiklah bermula idea untuk menghasilkan video seram adalah daripada aku sendiri sebab aku pengarah bagi projek video seram ni. Kau tahu tak sebab apa aku ada idea part seram seram ni ? Sebab aku memang suka kisah kisah hantu mistik ni bagai tapi tetap ada lah jugak rasa takut tu tapi macam malas aku nak layan haa begitulah. 

Semasa dalam mengembangkan idea jalan cerita seram ni aku adalah petik sedikit dari kisah benar masa kawan aku form 6 dulu. Haaa seramm kan. Marilah tengok video seram kami bukan biashe biashe tau hahahahah. Bukan sahaja dari kisah benar tetapi turut diambil sikit dari kisah yang aku tengok dekat tik tok tapi diolah dan dimurnikan lagi. 

Nahhh, mesti pembaca sekalian macam ingin tahu kan macam mana lah kisahnya ? Jadi marilah ke channel youtube saya heheheheh. Jemput, Jemput. Kang cerita banyak-banyak dekat sini jadi tak seronok pulak. 

Muka its a wrap for video seram !!!

kepenatan semuanya

Bincang dulu sebelum mula nak rakam 

Jurukamera okay tak tu ? hahahah

Hantu Berambut Blonde 😂

Alaaaa Comelllnyerr 😂


Masa rakaman video seramlah banyak mix feeling. Hahahahah sebab apa ? Sebab kami semua ada rasa takut juga rasa lucu jugak. Aku paling tak boleh masa tengah berlakon ada bunyi kucing yang begaduh semua terkejut lebih- lebih lagi Ong yang memeganh watak sebagai hantu terkejut sebab dia takut dengan kucing. Samapai sakit perut aku ketawa hahahahha.  Video lawak tuk aku ada upload dekat bawak. Semoga dapat menghiburkan hari anda !!!!



Ong !!!! Kamu adalah hantu yang sangat comel bagiku. Hihihihihi 


                                                                     Selamat Menonton !!!


GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 10 :





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1 1. BIODATA DIRI MINGGU 2 2. ELEMEN ASAS GRAFIK 3. JOM BUAT INSTAGRAM MINGGU 3 4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT 5. ASA FOTOGRAFI : MEDI...