Tuesday, June 7, 2022

BBM3410 - 2022 - VIDEO LAGU ( DUA INSAN )

 ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU ( DUA INSAN )


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelayar blogger sekalian, kali ini tugasan yang kedua pada minggu yang sama telah diberikan oleh Prof tercinta kami. Tugasan kedua ini agak mudah sebab hanya membuat sebuah video lagu dalam kata yang lain music video lah. Sebab apa mudah, sebab kita semua kebanyakkan dah tahu dan sering menonton video lagu terkini bukan ? 

Tetapi apa yang unik tentang video kali ini ialah prof sendiri yang memilih lagu iaitu LAGU DUA INSAN BERCINTA. Pertama kali dengar lagu ni macam perghhh lah vibe 80 an 90 an macam memang lagu ni tidak pernah dapat melawan lagu terkini sebab lagu lama memang sentimental value bagi aku la. Aku memang taste lagu lama-lama sikit. Tapi lagu baru tetap tidakk ketinggalan. Tiberrrr !!! 

Baiklah, aku nak cerita sikit berkaitan dengan penghasilan video lagu dua insan bercinta ni. Kami juga telah membuat meeting pada hari yang sama dengan video fokus. Dalam perbincangan tersebut, kumpulan kami telah memilih dua orang pelakon iaitu Ira & farid. Nampaknya pemilihan pelakon bagi video lagi ini sangat bersesuaian bagi pandangan seketul ika hahahahhah. Sebab apa ? Sebab dua orang ni memang chemistry dia on point. 

Video lagu dua insan ni pun diambil oleh jurukamera yang sangat pro iaitu mariana dan editornya adalah saya sendiri dibantu oleh hamidah. Boleh dikatakan sepanjang proses rakaman dan pembuatn video ini, mulut kami asyikss ketawa sahaja dengan lakonan ira & farid sebab sangat mengelikam hati. 

Bagi yang akan menonton video di youtube kami, kamu tidak akan tahu betapa lucunya di sebalik tabir perbualan mereka sehinggakan masa aku edit tu aku boleh lagi ketawa terbahak-bahak sebab aku tahu macam mana di sebalik tabir rakaman video. Hahahahahahahah

Akan dijadikan sebuah memori yang begitu bermakna.

Zana isteri pertama farid dalam video fokus <3

Lahhh madu dua gaiss hihihihi

Comel tak boleh bawa bincang 🫣

Mempersembahkan Karya SaPe Peoduction bagi kelas Multimedia Dalam Bahasa 2022 Luvv ❤️


https://youtu.be/NUB3WACn9Jc


GAMBARAN KEHADIRAN MINGGU 9 :





BBM3410 - 2022 - VIDEO FOKUS TANPA WAJAH

 ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO FOKUS TANPA WAJAH 


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum semua !!! Kembali lagi kita kepada tugasan asas videografi yang begitu mencabar sekali pada minggu 9 iaitu video fokus. Tetapi setiap video yang dihasilkan tentulah mempunyai kenangan manis tersendiri begitu jugalah dengan video kami. Asyiks,, 

Kumpulan kami SaPe Production setelah membuat perbincangan kami telah memutuskan untuk menggunakan lagu kau lah syurga yang dinyanyikan oleh khai bahar dan lia aziz dan kumpulan kami juga telah memilih bunga dan tangan sebagai fokus utama dalam video. 

Dalam perjalanan membuat videoo fokus ni sangat menyeronokkan. Nak tahu tak sebab apa ? Sebab pertama dimulakn dengan scene kahwin gais. Biasalah zaman zaman macam kami ni memang excited sikit dengan benda sweet macam ni . Hahahahahahaha . Bukan hanya sebab sweet sahaja dan jalan cerita pun sangat menyedihkan. Walaupun tak nampak muka pelakon tapi tetap feel sedih tu tetap sampai. 

Sebab apa gais feel dia sampai ? Sebab jurukamera & the team SaPe Production  memang power !!!! semestinya semakin pro dalm multimedia. Maju multimedia untuk negara. 




Yang pasti setiap kali shooting gambar bersama jangan dilupakan sebab gambar ni lah akan menjadi ingatan sampai dh tua nanti. 

Btw gais, shooting dekat padang ni memang the struggle is real. Hujan- hujan pun tetap redah demi nak berikan yang terbaik. Semoga Prof memberi markah yang terbaik untuk kumpulan kami Aamiin <3

Penghargaan kepada semua. You are the best !!! 




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 9 :





Thursday, June 2, 2022

BBM3410 - 2022 - LINKED IN

LINKED IN


Hari ini kelas amali, tugasan  kami adalah untuk membuka account linked in. 

-untuk mudah dapat kerja di kemudian hari-




Linked In Prof Saya. 







GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 10 :









Sunday, May 29, 2022

RESENSI BUKU BAB 1

 

RESENSI BUKU BAB 1 (MULTIMEDIA DALAM BAHASA)


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

https://youtu.be/LIxx5NfI_4E



                                                      Di Sebalik Tabir





GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 6 :







Friday, May 27, 2022

BBM3410 - TIKTOK - SENAMAN RINGKAS

SENAMAN RINGKAS PELAJAR UNIVERSITI 

Nahhhh, hahahaha. Ada lagi tugasan video tiktok yang diberikan oleh Prof aku. Kali ni, kita membuat senaman pulak. Mesti korang tertanya-tanya, senaman apa itu?. Meh, aku beritahu, dalam video tiktok tersebut aku telah membuat satu senaman ringan yang boleh pelajar universiti lakukan. 

eleh senang je tu, bagi yang singgah ke blog ini, sila-silalah ke laman tiktok saya. 

Suka saya ingatkan, jangan lupa tinggalkan like anda, follow dan kalau boleh komen sekali. Terima Kasih.

Boleh tekan link di bawah untuk terus ke video senaman saya !




Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Diharapkan hari-hari anda ceria selalu. 
JOM SAMA-SAMA BERSENAM.
Biar kekal sihat dan bertenaga.
OH YEAH !

Thursday, May 26, 2022

BBM3410 - INSTAGRAM - TEKATEKI

 TEKA-TEKI (INSTAGRAM PERIBADI)

Assalamualaikum semua, tugasan dalam kursus multimedia ini sangat menyeronokkan. hahahah tak pernah lagi kursus lain suruh buat teka-teki lepastu komen dan meneka pula teka-teki rakan sekelas. Bagi aku la, walaupun tugasan yang diberikan pada masa yang singkat tapi aku sangat enjoy membuatnya. Terima Kasih Prof buat hari saya gembira dengan tugasan yang menyeronokkan hahahaahah. 

Bawah tu aku ada sertakan post teka -teki di instagram untuk diteka oleh rakan-rakan. Alhamdullilah, semua rakan-rakanku bijak bestari semuanya. 

TERBAIK !!!






KOMEN 20 RAKAN

Semua teka-teki yang keluar best-best. Jadi, sapa je yang tak excited kan? Ada yang terlalu senang, ada yang lawak, ada yang susah sampai tak boleh nak jawab. dan semestinya kami telah selesaikan tugasan individu ini dengan jayanya. 
Semangat Budak Bahasa !






















Sekian Terima Kasih.
Sudah alang-alang singgah dekat blog saya, Jawab ler sekali teka-teki atas tu. Dapat la jugak asah minda sikit hehehe. 

BBM3410 - ONE SHOT THREE LAYER

ONE SHOT THREE LAYER

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Apa pula maksud video one shot three layer ? Pelbagai jenis pulak video jenis one shot ni kan. Video one shot three layer ini menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Lapisan nyanyian, laporan dan lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta ataupun apa juga yang bergerak. Pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli. 

Tugasan bagi video three layer ni diberikan sekali dengan tugasan two layer. Jadi, tugasan minggu ini sangat mencabar sebab semua kumpulan kena buat dua video. Tetapi, tugasan ini tersangatlah menyeronokkan sebab kami semua enjoy. Boleh dikatakan melalui tugasan ini kami boleh wujudkan keakrapan sesama ahli kumpulan yang sebelum ni hanya tengok dalam google meet je. Jadi, kali ni boleh buat assignment sama-sama secara tidak langsung cipta juga kenangan untuk buat simpan dah habis belajar nanti. heheheh








SaPe Production is the best <3

Video jenis ni kami mengaplikasikan  vibe ataupun digelar sebagai suasana kampung di desa. Sebab tu la pakaian yang dipilih pun vibe duduk di desa perkampungan. Manis bukan ? berbaju kurung di tenag panas hahaahaha. 

Nanti korang jangan lupa tengok video kami di youtube kat bawah tu tau. 
Terima Kasih.
yang penting jangan lupa 
LIKE, SHARE & SUBSCRIBE. 


https://youtu.be/J4e6jlem48g




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 8 :

BBM3410 - TWITTER - KATA-KATA HIKMAH

 KATA-KATA HIKMAH 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. pada minggu ke 9, kami telah diberi tugasan untuk mencipta kata-kata hikmah. Jadi, apbila dikatakan kata-kata hikmah tentu boleh memberi kesan kepada orang yang membaca bukan? kata-kata hikmah ini juga bagi saya sebagai kata-kata yang boleh memberi inspirasi kepada seseorang. Jadi kata-kata hikmah yang boleh saya sampaikan adalah seperti pada post twitter saya dibawah ini :




RETWEET 5 RAKAN 

Berikut juga merupakan kata-kata hikmah rakan-rakan sekelas yang telah mereka cipta : 








Selamat Terinspirasi Kepada Si Pembaca. 
Baiii. !

BBM3410 - FACEBOOK - NASIHAT IBU

 NASIHAT IBU 

 
Tidak hairan lah kalau seorang ibu menasihati anak-anaknya. Kerana kata-kata seorang ibu ini tulus dari hati. Terlalu banyak nasihat yang berguna sehingga pada akhirnya aku mengerti setiap kata-kata & nasihat yang diberikan tanda kasihnya seorang ibu.
.
“Dalam hidup ini, buatlah sehabis baik, cerita selepas itu terpulanglah kepada rezeki. Yang penting kita sudah usaha. Tawakkal lah kepada Allah dan redha dengan setiap takdir” - kata-kata dari bonda tercinta
.

Disaat aku merasa jatuh dalam hidup, kata kata itu sering memberi semangat untuk aku meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.







KOMEN 10 RAKAN 
























Nasihat dan kata-kata ibu adalah sungguh bermakna kepada seorang anak. walaupun kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah perkara yang sama tetap tidak jemu aku dengar. Hargailah  dan dengarlah kata-kata ibumu. Jika nanti bila dia sudah tiada, kata-kata tersebut akan sangat kita rindu. 
SAYANG MAK !




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1 1. BIODATA DIRI MINGGU 2 2. ELEMEN ASAS GRAFIK 3. JOM BUAT INSTAGRAM MINGGU 3 4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT 5. ASA FOTOGRAFI : MEDI...