Friday, July 8, 2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1

1. BIODATA DIRI

MINGGU 2

MINGGU 4



MINGGU 5




MINGGU 6



MINGGU 7



MINGGU 8



MINGGU 9



MINGGU 10 




MINGGU 11



MINGGU 12



MINGGU 13



MINGGU 14


BBM3410 - 2022 - PODCAST


PODCAST

Pada minggu ke 12, prof telah memberikan tugasan untuk memilih mana-mana Podcast yang ada di Malaysia. Jadi, kami diminta untuk membentangkan selama 7 minit seorang. Kami juga diminta untuk menghuraikan berkaitan dengan apa maksud podcast, kelebihan podcast . apakah golongan yang mendengar podcast dan berkaitan dengan isi dan latar belakang channel podcast yang kita pilih. 

Jadi Podcast yang aku pilih adalah daripada channel Seismik Tv yang bertajuk :


"APA ITU MENTAL ILLNESS"





GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 12 :

 

BBM3410 - 2022 - RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA


Haii, Assalamualaikum semua, di hari yang sungguh ceria ini, marilah aku nak bagitahu sedikit tentang tugasan kedua pada minggu ke 12. Tugasan pada minggu adalah tidaklah begitu mencabar seperti tugasan sebelum ini. Tetapi nervous jugak dibuatnya. Jadi, apakah tugasannya? tugasannya adalah kami diminta untuk membuat ulasan berkaitan dengan setiap bab di dalam buku multimedia yang ditulis oleh Prof kami sendiri iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan masa selama 30 minit bagi setiap kumpulan dan seorang dikehendaki untuk membentangkan bab masing-masing selama 2.58 minit. apa yang penting kami perlu tepat mengahabiskan pembentangan tepat pada masanya. baiklah itu sahaja yang hendak saya kongsikan pada kali ini, Gumawoooo !!!!





GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 12 :

 

Saturday, July 2, 2022

BBM3410 - 2022 - KETIKA DAN KALIMAT

KETIKA DAN KALIMAT 

Assalamualaikum pembuka bicara bagi post terakhir tugasan multimedia. Jadi tugasan ni kami boleh mengatakan sesuka hati kan !? Hahahah. Jika dulu post yang pertama aku kata “tak kenal maka tak cinta” . Jadi konfem konfem lah sekarang dah kenal banyak kan ? Hahahaha konfiden you. Tak kenal pun takpe janji aku enjoy tulis blog kau enjoy baca. Tak enjoy tu lantak kau πŸ˜‚

Sebelum ni aku memang bukan orang yang suka menulis, tapi bila ada tugasan multimedia yang memerlukan penceritaan sebegini, tiber pulak rasaa seronok nak meluahkan apa yang dirasa cewahhhhh. Kira disebabkan kursus ni ada la improvement untuk meluahkan rasa di hati agitheww. Jangan Series Sangat Kau !!! 

Okay, walaupun tugasan bagi kursus ni agak banyak setiap minggu konfem konfem busy nak siapkan tugasan multimedia dalam sehari tu ataupun weekend. Memula tu memang ada jugak rasa nak give up marah tapi kita kenaaa sabar. Tak sabar tak settle tugasan kiterr boss!!

Tetapi bila hari berganti hari masa beganti masa tup tup dah week 14. Bila aku tengok balik dari first post blog sampailah ke hari ni. Aku macam ehhhh tak sangka boleh siapkan tugasan sebanyak tu. Hihihihi amaze sekejap. 

Apapun aku nak ucapkan ratusan dan ribuan dan bebesar hati terima kasih kepada Prof Normaliza yang tidak pernah jemu memberikan tugasan yang banyak kepada kami. Berkat setiap tugasan tu laaa terselit pelbagai hikmah yang kita nampak sekarang ataupun masa akan datang. 

Dengan tugasan ini aku banyak dapat menciptakan pelbagai memori bersamaa kumpulan yang disayangi SaPe Production. Bila kelas atas talian tup tup jumpa buat tugasan bersama tu sumpah awkward gila rasanya bebss hahahahah . Tapi bila aku kata tadi hari berganti hari dengan tugasan daripada prof bonding kami pun tercipta heheheh luvvvv ❤️. Apa yang aku kagum setiap ahli kumpulan ni masing masing punya komitmen sendiri tau tapi masih ada masa untuk siapkan tugasan dengan terbaik. Terima Kasih Korang πŸ’–. Semoga ada rezeki lagi untuk bersama dalam satu group <3. 

Penghargaan kepada orang-orang kuat team produksi SaPe Production :

"Ilman , Farid, Hannah, Syaqirah, Mariana, Najwa, Zana, Hamidah, Law, Ong, Zulaika"

Akhir kata daripada pemilik blog ini. Semoga kami semua mendapat “A” bagi kursus ini dengan penuh keberkatan dari hasil tugasan dan Prof sendiri. 🀍


Gambar kehadiran :





Wednesday, June 29, 2022

BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN RESENSI BUKU (MULTIMEDIA DALAM BAHASA)

RESENSI  BUKU MULTIMEDIA

Assalamualaikum semuaaaa !!!! Yeahh excited nak menulis blog hari ni. Sebab tugasan kali ini sudah sampai ke penghujungnya sebab dah minggu 14 so dah takde lagi dah tugasan. Alhamdulillah selesai pembentangan ulasan buku bagi kumpulan kami hari ini.

Selepas menempuhi cabaran dan rintangan sepanjang sem ini, akhirnya kami berjaya menghabiskan kesemua tugasan multimedia, rasa macam tak percaya jugak ada tapi syukur laa semua selesai jadi tunggu nak final exam je lagi !!!!. 

Eh elok kita berbalik kepada tujuan utama, pada minggu ke 12 prof telah memberi tugasan ini bersama dengan pembentangan podcast jadi kami diminta untuk membuat ulasan pada setiap bab dalam buku multimedia dalam bahasa dan diberikan masa 30 minit bagi setiap kumpulan. Dan awak nak tahu tak kami hendaklah sharp 30 minit okay. Jadi hari ni masa bentang masing- masing berusaha untuk menepati masa yg telah dibahagikan iaitu 2 minit 50 saat sampai kami terpaksaaaa bercakap seperti rap pulak. Sama la kisahnya dengan pembentangan minggu lepas. Hahahaahahah. Takpe kita chill je awakk. Btw aku bentang bab 4 πŸ˜‚

Muka baru bangun tidur semua ni πŸ˜‚

Jadi nak tengok tak slide kumpulan kami ? Mestilah nak kan. Jarang wehh SaPe tak power lahhhh angkut bakul group sendiri dulu ahhahahaahah kalau nak tunggu orang lambert lagi. So di bawah ni anda semua boleh lah tengok slide kami. Harap dapat la ilmu walaupun sedikit. 

https://www.canva.com/design/DAFD8MRKuqo/WH1oolsTxsFhBv-fGgwAbg/view?utm_content=DAFD8MRKuqo&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton

GAMBAR KEHADIRAN 14 : 



Wednesday, June 22, 2022

BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN PODCAST

 PODCAST : APA ITU MENTALL ILLNESS

Assalamualaikum semua !! Baiklah bertemu lagi kita kepada penghujung yang tak berapa penghujung tugasan hahahahah biasalah gaiss multimedia. Tapi tak mengapa tinggal satu lagi sebab podcast ni dh bentang dh hari ini 22/6. Jadi settle, Kumpulan SaPe tau yang first bentang agak agak lah konfem la nerves tak boleh bawak bincang. Tapi apa yang best nya kitaorg awal settle bentang Alhamdulillah walaupun kelam kabut nak kerja masa tu macam nak rap pulakk masa bentang. 

Uishhh dah lebih tercerita dah kat atas tu. Baiklah aku nak brief dulu pasal tugasan tentang podcast ni. Jadi, pada minggu 12 prof telah memberikan tugasan podcast ni jadi kami diminta untuk memilih satu podcast untuk didengar dan akan dibentangkan di dalam kelas. Jadi aku memilih satu channel youtube ni yanga da buat la content tentang podcast ni. Tajuk podcast yang aku pilih adalah mentall illness. Aku macam suka tau kaji benda benda berkaitan dengan mental illness ni aku pun tak tahu sebab dia menarik bagi aku kot. 

Jadi, setrlah sejam aku dengar podcast tu kan memang pelbagai feeling yang aku dapat rasakan daripada penggalaman, penceritaan dalam podcast tu. Dia mcam feeling tu dia sampai kat aku. Sedih jugak cerita yang dikongsikan. Tapi apa yang dapat aku sampaikan sedikit lah tentang perkongsian itu . Kalau boleh kita ni jadilah support system yang terbaik untuk orang sekeliling kita sebab kita tak tahu apa yang dia lalui dalam hidup dari kecik sampai la besar kenapa character dia begitu. Bukan tu je aku paling minat dengan ayat ni “ikhlaskan sayang diri kita sendiri” sebab ada orang dia kata dia love yourself but dia judges diri dia sendiri mcam aku la tu HAHAHAHAH. Jadi mcm hittss mee laa word tu. Takpe , kita cuba ikhlas sayang diri kite okayπŸ‘ŒπŸΌ. 

Panjang pulak aku bercerita, nak sambung lagi cerita ni apa yang penting sekiranya kita ada tanda tanda masalah mental ni kan sebab semua orang boleh kena tau. Jadi, berjumpalah dengan psikiatri ke kaunselor ke untuk dapatkan nasihat. Kita tak boleh nak self diagnosed diri kita sebab nanti kita fikir kita sakit depression sebab mindset kita dah cakap macm tu kan lama lama boleh jadi sakit bebetul tau so bahayalah. Kalau ada masalah carilah orang yang dalat mendengar luahan kita yang tak judges kita. Jadi, semua jaga kesihatan mental dan fizikal Okay πŸ‘ŒπŸΌπŸ₯Ή

Maklumlah zaman sekarang kan dah moden jadi banyak terdedah dengan teknologi media sosial semua tu. Jadi mudah lah kita nak membandingkan diri kita dengan orang lain. Kiranya mcam, “ hidup dia ni lebih baik dari aku, ” sebab kita sebenarnya tak tahu apa di sebalik dan kehidupan realiti sebenarnya hidup seseorang itu. Tak semestinya yang ditayang di dalam media sosial itu benar belaka. Terkadang hanya suatu kepuraan untuk menutupi segalanya. Nahhhh panjang pulakk aku nak explain. Rasanya setakat ni je kot untuk topik ni apapun korang boleh tengok slide aku kat bawah ni. Slide kita cantik okay πŸ˜‚


GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 13: 











Thursday, June 16, 2022

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEORAFI : VIDEO DOKUMENTARI

 ASAS VIDEORAFI : VIDEO DOKUMENTARI

Assamualaikum semua bertemu lagi kita ke pembikinan asas videografi iaitu video dokumentari. So, gais for your information ni lah video terakhir yang kami buat sama-sama dalam group untuk kursus ini. Oh yeahhh,, setelah banyak cabaran dan halangan yang kami hadapi untuk menyiapkan setiap asas video yang telah kami pelajari. 

So kali ni, kita buat last minutes sikit la ye geng. Sebab semua dh tepuu nak hadap banyak assignment lagi minggu akhir akhir kuliah ni. Jadi berharap semua bertabahlah. 

Jadi, mari kita ke penceritaan kisah penghasilan video. Tugasan ni diberikan prof pada minggu 11 sama dengan video setempat. Jadi, perbincangan untuk video dokumentari ni agak lama ya sebab dibuat dua kali. Kali pertama perbincangan elok elok berbincang terus melencong ke nak pergi jalan jalan HAHAHAHAHA . Terus akhir kalam gais.. Jadi, perbincangan yang serius dibuat pada malam semalam. Alhamdullilah barulah dapat gambaran keseluruhannya. 



Jadi, pada keesokkan harinya kami pun membuat rakamam shooting di kawasan kolej canselor sahaja. Rasanya video akhir ni semua okay kot semua dah pro di hadapan kamera so  yeahhh . SaPe Production the best bah !! 

Berpadatlah kamu selagi mampu πŸ˜‚

Alaaaa comel bahhhh !!!

This gadisss from limbang (muka excited nak balik sarawak ka tuu ? ) 

Aku tak tahu lah tp member sape production memang cantik orangnya. Lah gituww πŸ’–

Sayalah yang berbaju hitam. Kbaii.. 🌸

Okaylah, aku ingin bercerita sikit bahagian aku di dalam video ni sebagai penemu bual orang di kawasan festival makanan di padang kawad. Aku memang suka kerja bercakap dengan orang ni HAHAHAHAHA . Sebab aku rasa aku boleh kenal ramai orang. Tapi kadang tu malu pun ada. Takpe janji kita suka kerja ni πŸ˜‚. 

Semasa aku nak pergi mencari mangsa temubual ni kan, kebanyakkannya banyak yang macam takut-takut nak ditemu bual ahahahahha. Kata mereka, tak tahu nak cakap apa , panas panas ni kena fikir dulu ni. Mana tak nya oranh tengah buka gerai kita serbu gaisss hahhahahahahahah.

Baiklah itu sahaja penggalaman dari saya. Sekian. Salam sayang : ika (tiber) 

Aku nak selitkan video aku dalam ni jap bagi feeling sedih dekat diri sendiri. HAHAHAHA biarlah aku nak sedih ni blog aku kan πŸ˜‚



Cerita ini tidak terhenti di sini. nanti lah aku ceitakan. betapa gelabahnya semua video tak cukup minit. 
to be continued......

Okaylah kat bawah ni baru officiallu video dokumentari bagi group SaPe Production πŸ«ΆπŸ»πŸ’–




Selamat Menonton !!!!


GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 11 : 










Tuesday, June 14, 2022

BBM3410 - 2022 - VIDEO TRAGEDI

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO TRAGEDI

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan hello semuanya. Di hari ini yang sungguh ceria sekali ini akan kuceritakan lagi kisah dan proses penghasilan untuk tugasan yang seterusnya. Tugasan multimedia memang tak menang tangan membuatnya tapi bila dah siap tu rasa lega dia hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Baiklah tugasan yang seterusnya ini adalah tentang asas videografi iaitu video tragedi. Video ini pun banyak sangat scene scene sweet tapi diakhiri dengan tragedi jeng jeng jeng yang sangat mengerikan. Kami telah memilih watak utam bagi lakonan ini adalah 3 orang sahaja iaitu dibintangi oleh ilman , hamidah dan farid . Boleh dikatakan cinta tiga segi lah. 

Jadi, sepanjang membuat video ini bak kata hamidah “ berlakon tidak semudah mengarah” hahahaha jadi aku sangat kagum dengan seorang pelakon di kaca tv yang boleh membawa pelbagai watak tanpa banyak kali rakaman video dibuat hahahahah. 

Dalam kerja yang banyak, tugasan amali sebegini juga turut memberi sedikit penggalaman kepada kami semua dalam alam perkerjaan nanti. Sebab bila habis sahaja kami bergraduasi semua akan mencari kerja dan persaingan pun bukan biase biase. Jadi, sekarang ni fahamlah kita bahawa dengan tugasan sebegini dapat mempelbagaikan kemahiran. 

Jaoh pulak pergi aku sampai ke alam pekerjaan. Berbalik kepada video tragedi. Jalan cerita telah diolah hannah. Jalan cerita dicadangkan dipersetujui sebulat suara oleh SaPe Production. Jadi, video tragedi kami bertemakan kepada “PEMBUNUHAN”. Tragis tak tragis mari sama sama kita menyaksikan di video channel yang telah dilampirkan link dibawah. 

Lahh hal rumah tangga diorang ni 

Zana dan kesungguhan berpisah tiada

Kita LUVVVV <3

Akibat salah memilih suami lah ni 

Memang betul-betul seketul ika hahahaha.
credit : zanariah 

Ira si jurukamera pro kumpulan kami Luvv


Gambar-gambar di sebalik tabir 🫣





GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 10 :







BBM3410 - 2022 - SERAM

 ASAS VIDEOGRAFI : SERAM


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum semua !!! Baiklah bagi tugasan yang seterusnya. Orite memang banyak tugasan multimedia ni tapi apa yang penting bak kata Prof “Jangan Mengeluh Walaupun Banyak Kerja Kena Redho”. Baiklah semestinya pelajar linguistik kena redha dengan segala tugasan bak kata Prof Vijaya lagi, pelajar saya yang cemerlang terbilang ini. Okay naik sikit semangat tu. Tarik nafas dalam-dalam lepastu hembus. Okay sudah sedia semua nak tengok ataupun dengar video seram kami ?. 

Baiklah berbalik kepada penceritaan utama. Ceritanya bermula kami telah diberikan tugasan untuk membuat video seram. Seram ? Yesss !!! Memang semua akan takut, siapa je yang tak takut kan. Sebab apa ? Sebab dah lah kami ni semua tinggal di kolej. Boleh pulak tetiba berimginasi sampai menakutkan diri sendiri hahahahah. 

Baiklah bermula idea untuk menghasilkan video seram adalah daripada aku sendiri sebab aku pengarah bagi projek video seram ni. Kau tahu tak sebab apa aku ada idea part seram seram ni ? Sebab aku memang suka kisah kisah hantu mistik ni bagai tapi tetap ada lah jugak rasa takut tu tapi macam malas aku nak layan haa begitulah. 

Semasa dalam mengembangkan idea jalan cerita seram ni aku adalah petik sedikit dari kisah benar masa kawan aku form 6 dulu. Haaa seramm kan. Marilah tengok video seram kami bukan biashe biashe tau hahahahah. Bukan sahaja dari kisah benar tetapi turut diambil sikit dari kisah yang aku tengok dekat tik tok tapi diolah dan dimurnikan lagi. 

Nahhh, mesti pembaca sekalian macam ingin tahu kan macam mana lah kisahnya ? Jadi marilah ke channel youtube saya heheheheh. Jemput, Jemput. Kang cerita banyak-banyak dekat sini jadi tak seronok pulak. 

Muka its a wrap for video seram !!!

kepenatan semuanya

Bincang dulu sebelum mula nak rakam 

Jurukamera okay tak tu ? hahahah

Hantu Berambut Blonde πŸ˜‚

Alaaaa Comelllnyerr πŸ˜‚


Masa rakaman video seramlah banyak mix feeling. Hahahahah sebab apa ? Sebab kami semua ada rasa takut juga rasa lucu jugak. Aku paling tak boleh masa tengah berlakon ada bunyi kucing yang begaduh semua terkejut lebih- lebih lagi Ong yang memeganh watak sebagai hantu terkejut sebab dia takut dengan kucing. Samapai sakit perut aku ketawa hahahahha.  Video lawak tuk aku ada upload dekat bawak. Semoga dapat menghiburkan hari anda !!!!



Ong !!!! Kamu adalah hantu yang sangat comel bagiku. Hihihihihi 


                                                                     Selamat Menonton !!!


GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 10 :





Monday, June 13, 2022

BBM3410 - 2022 - VIDEO SETEMPAT

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT 

Assalamualaikum & hai semuaa !!!. Pada minggu 11 untuk tugasan individu yang diberikan oleh prof pada hari rabu 8/6 iaitu membuat video setempat. Jadi hari ini aku nak bercerita sedikit tentang video setempat yang aku ambil tempoh hari. 

Video setempat aku ni bertemakan kepada tempat mendobi pakaian. Biasalah pelajar memang sinonim dengan mendobi sebab malas nak cuci tangan kan jadi kita dobi je lah. Kemudahan disediakan gunakam sahaja. Tapi tengok bajet jugak lahh hahahahaha. Masa aku rakam video setempat ni hujung minggu tau, hari ahad mcm tu. sumpah ramai gila yang tunggu turn. 

Jadi masa aku rakam, masa turn zana pulak meletakkan pakaian cuciannya, jadi sempat la aku nak cakap sikit-sikit pasal macam mana lah nak guna mesin tu. Tapi yang paling aku tak puas hati tu part tukar duit siling, memang spoiler hahahahaha dia masa oranh rakam dia tak nak pulak terima duit, masa tak rakam elok je kauu ehh MESIN. dah lahh nak duit lurus tak nak lipat-lipat. Lahaiiii lahhhh. Mesin pun banyak ragam macam manusia. Penat lah aku HAHAHAHAHAH.

Jadi tak payah cerita banyak korang boleh tengok video aku kat bawah ni. Terima Kasih πŸ’–. Satu je aku nak cakap “Sabar itu penting”  Hahahahahaha. 

https://youtu.be/yvneV7bpNT8



Gambar Kehadiran Minggu 11 :





Thursday, June 9, 2022

INFOGRAGIK - MEDIA SOSIAL

KELEBIHAN MEDIA SOSIAL 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari jumaat yang penuh barakah ini, kami telah diberikan tugas pada minggu ke 11  untuk membuat satu infrografik yang bertajuk "KEBAIKAN MEDIA SOSIAL". Jadi, Alhamdulillah saya berjaya  menyiapkan tugasan infografik ini setelah selesai kelas multimedia. Berikut merupakan infografik yang telah saya buat di "Canva" yang memperlihatkan empat kelebihan bagi setiap media sosial yang telah kami gunakan dalam kelas multimedia ini.






Gambar kehadiran minggu 11 (jumaat) :







SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

MINGGU 1 1. BIODATA DIRI MINGGU 2 2. ELEMEN ASAS GRAFIK 3. JOM BUAT INSTAGRAM MINGGU 3 4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT 5. ASA FOTOGRAFI : MEDI...